Quantcast
Channel: Kedai Minyak Kelapa Dara » penyakit psoriasis

Apa itu penyakit psoriasis ?

$
0
0

Apa itu penyakit psoriasis
Penyakit psoriasis merupakan keadaan kulit yang tidak normal yang mana kulit penghidap penyakit kulit psoriasis menebal dengan lebih cepat daripada kulit yang normal. Penyakit psoriasis adalah merupakan keadaan kulit yang biasanya tidak berjangkit. Kawasan yang mana biasa dihidapi oleh penyakit psoriasis adalah pada kulit kepala, lutut dan siku. Walaubagaimanapun psoriasis boleh juga menjangkiti di bahagian badan lain termasuklah kuku dan tulang.

Tanda-tanda penyakit kulit psoriasis
Tanda penyakit kulit ini adalah berlainan pada setiap orang dan termasuklah :

Keguguran sisik pada kulit
Tompok-tompok merah di kulit kepala, siku, lutut dan pada bahagian-bahagian lain badan.
Rasa gatal tetapi di tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis penyakit psoriasis
- Paling biasa adalah penyakit psoriasis yang ber tompok
- Pada kanak-kanak kebiasanya terdapat guttate psoriasis.
- Jenis penyakit kulit psoriasis teruk yang memerlukan rawatan hospital adalah dipanggil erythrodermic psoriasis
- Lampin psoriasis
- Pustular psoriasis merupakan bentuk penyakit psoriasis yang berkeadaan sangat teruk yang mana boleh menimbulkan kesakitan
- Guttate psoriasis
- Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

Testimoni minyak kelapa dara bio asli

Kes : Sakit Psiorosis ( genetik )- Kulit menjadi bertompok seperti kurap  & gatal

Pengguna merupakan salah seorang pendidik di daerah sabak bernam, beliau telah sekian lama (dari kecil)  mengidap sejenis sakit kulit dari genetik yang bermasalah ( lebih 20 tahaun).  Beliau telah menemui ramai doktor pakar kulit untuk mungubati penyakit beliau.

Sewaktu menerima rawatan di   Hospital Besar KL bahagian sakit kulit, pakar mengesahkan beliau mengalami sakit genetik, penyakit berpunca genetik memang diketahui umum agak sukar untuk di sembuhkan. Selepas itu beliau membuat rawatan susulan di hospital kerajaan GH KL, beliau telah dihantar untuk rawatan alternative, di sana beliau telah bertemu dengan Dr.Kadir B. Hussin, Dr.kadir menjelaskan symptom yang berlaku pada penghidap penyakit psicrosis ialah kulit berkerak, menebal, kering dan mengelupas,

 Ketika mendapat rawatan dari Dr.kadir beliau telah memberikan 1 botol minyak dan menyarankan agar ianya diminum 2 kali sehari dan disapu pada bahagian yang bermasalah. Pada peringkat awal penggunaan kulit yang berkerak bertukar  menjadi merah, lama-kelamaan ianya menjadi semakin kecil dan akhirnya dengan penggunaan yang rutin, kurap beliau semakin pulih. Setelah perubahan yang menakjubkan ini beliau bertanyakan apakah minyak ajaib yang telah di berikan tersebut, rupa-rupanya minyak tersebut hanyalah minyak kelapa dara.

 penyakit psoriasis penyakit kulit psoriasis penyakit kulit Rawatan penyakit psoriasis berasaskan sumber semulajadi, klik di bawah

>> penyakit kulit psoriasis <<

 


27 tahun derita PSORIASIS

$
0
0
Sebuah artikel saya ambil dari utusan online. 27 tahun derita penyakit kulit prosiasis berkurang dengan pengamalan minyak kelapa dara
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Terima kasih An Nabaat Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, Selangor.
 ubat penyakit kulit psoriasis rawatan penyakit kulit psoriasis penyakit psoriasis penyakit kulit psoriasis

Minyak kelapa dara mampu menyelesaikan masalah penyakit kulit psoriasis (dengan izin Allah)

KEHIDUPAN ceria seorang pelajar tingkatan tiga ini bertukar sengsara apabila dia secara tiba-tiba diserang penyakit kulit misteri dinamakan psoriasis . Akibatnya, Hazlinda mengalami simptom kulit mengelupas, kemerahan dan gatal, sekali gus menjejaskan rupa parasnya.

Akibatnya, dia hanya mampu duduk di rumah kerana kulitnya akan berasa sakit apabila berpeluh dan memakai baju. Itulah antara pengalaman yang dialami Hazlinda Ilias, 42 kira-kira 28 tahun lalu.

Penyakit yang dialami Hazlinda masih berlarutan sehinggalah dia melangsungkan perkahwinan.

“Saya mencuba pelbagai rawatan termasuk cara Islam dan tradisional. Saya juga mencuba suplemen farmasi. Ada yang berkesan tetapi tak sampai sebulan, penyakit ini datang semula. Sehinggalah saya mencuba sejenis ubat herba tradisional yang mungkin serasi dengan saya. Penyakit kulit yang saya alami tidak sembuh sepenuhnya tetapi ia semakin berkurang sehingga 60 peratus,” ujarnya.

Menurut Hazlinda, disebabkan perasaan malu dan kurang pengetahuan tentang psoriasis, dia tidak mahu berjumpa doktor ketika mula-mula mendapat penyakit ini.

header ubat penyakit kulit psoriasis rawatan penyakit kulit psoriasis penyakit psoriasis penyakit kulit psoriasis

> Rawatan Penyakit Kulit 2013 untuk 1Malaysia <

“Saya sangat stres. Masa itu saya baru berada di tingkatan tiga. Akibatnya, pelajaran dan rutin harian saya terganggu. Penyakit kulit ini menyebabkan rasa sakit, gatal dan malu.

“Akhirnya atas dorongan keluarga, saya berjumpa doktor dan diberi ubat,” katanya.

Tahun lepas, atas izin Allah, dia dipertemukan dengan usahawan herba , Dr. Nurmawati Syakroni dan sejak itu mencuba herba minyak kelapa dara , alahan dan antivirus untuk merawat penyakit tersebut.

“Alhamdulillah ia sesuai dengan kulit saya,” akuinya.

Tambah Hazlinda, walaupun kesan masih belum kelihatan tetapi ia membantu mengurangkan rasa sakit dan gatal terutama apabila cuaca panas dan melekit.

“Jika anda tanya, apa yang terjadi pada kulit saya 27 tahun lalu, susah saya nak gambarkan. Kulit menjadi gatal, bengkak dan alergi. Selepas berkahwin, suamilah yang banyak membantu dengan menyapu ubat di bahagian belakang. Seperti yang anda lihat sekarang, selepas mencuba ubat herba ini, yang tinggal hanyalah kesan parut. Walaupun saya belum pulih sepenuhnya, saya bersyukur kerana sekarang saya sudah tidak malu berjumpa orang ramai,” ujarnya yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Ibu kepada empat anak ini mengakui, sebagai pesakit psoriasis banyak cabarannya.

Katanya, kulit akan menjadi kering apabila berada di dalam bilik berpendingin hawa dan tiada keyakinan diri apabila berjumpa dengan orang ramai.

Nasihatnya kepada pesakit-pesakit lain supaya bersabar dan tidak berputus asa.

“Kita perlu percaya setiap penyakit ada ubatnya. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang memberi kekuatan untuk terus tabah,” katanya yang kini hidup gembira.

Bahana psoriasis

$
0
0

banner penyakitkulit 24MAR13

Anggaran tiga peratus rakyat Malaysia alami kegatalan, trauma psikologi akibat penyakit kulit kronik 

AMNI Syakila Ahmad, 17, berdepan situasi menakutkan apabila mengalami masalah kulit berair dan kemerah-merahan serta rasa gatal yang melampau. Selain itu, kulit remaja ini bagai bersisik terutama apabila suhu meningkat.

Cuaca panas juga memberi kesan hingga kulit Amni Syakila berparut selain mengalami masalah ketidakselesaan fizikal.

Malah, penyakitnya itu mengundang keresahan, ketara, berulang dan menyakitkan hingga remaja ini mengalami trauma psikologi. Amni Syakila malu berhadapan khalayak ramai. Fungsi asas dirinya seperti berjalan atau tidur juga terjejas akibat masalah yang dihadapinya itu.

curesforpsoriasis4

Bagi segelintir individu, masalah kulit itu mungkin dianggap biasa atau bermusim. Namun, sebenarnya ia adalah psoriasis. Ia adalah sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan.

Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur.

Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira tiga peratus rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis – penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang.
Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir satu per empat daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian. Penasihat Perubatan Kehormat, Persatuan Psoriasis Malaysia, Dr Steven Chow Kim Weng, berkata secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial.

Dr Steven berkata, berdasarkan kajian Persatuan Pesakit Psoriasis Persekutuan Eropah terhadap 18,000 pesakit psoriasis, 77 peratus daripada mereka mengakui psoriasis membawa impak besar serta mengganggu kehidupan harian.

“Pesakit perlu sedar Psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang.

“Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi).

“Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.

“Pengalaman merawat pesakit yang menderita psoriasis sederhana hingga serius selama beberapa tahun memberi perspektif bahawa penyakit ini bukan saja menjejaskan hubungan sosial pesakit, malah menimbulkan perspektif negatif terhadap keadaan diri mereka. Justeru, rawat penyakit ini secara berkala,” katanya.

Dr Steven berkata, psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak).

Ada juga psoriasis tahap kronik sehingga memerlukan rawatan di hospital antaranya erythrodermic psoriasis; Lampin psoriasis; Pustular psoriasis (teruk hingga menimbulkan kesakitan); Guttate psoriasis dan Plaque psoriasis (bertompok dan timbul).

Sehubungan itu, masyarakat dinasihat mendapatkan pemeriksaan perubatan menyeluruh dari pakar kulit atau mencuba kaedah rawatan inovatif biologik dan berkualiti tinggi. Salah satu pilihan yang ada ialah inovasi terbaru syarikat farmaseutikal, Janssen. Ubat baru ini dikenali sebagai Ustekinumab (atau dulu dikenali sebagai Stelara) iaitu sejenis ubat preskripsi untuk merawat plak psoriasis sederhana hingga serius.

Ustekinumab atau Stelara dikatakan menyediakan pilihan rawatan yang selamat dan berkesan untuk kulit yang lebih licin dan kelegaan daripada simptom seperti ketebalan plak, kulit bersisik dan kemerahan. Stelara adalah rawatan biologi bagi psoriasis yang boleh diterima dalam dos suku tahunan (setiap 12 minggu) iaitu sebanyak empat suntikan setahun selepas dua dos permulaan.

Simptom psoriasis

  1. Keguguran sisik pada kulit
  2. Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  3. Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Tip rawatan dan ubat melegakan;

Pelembap 

  1. Penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa.
  2. Gunakan pengganti sabun seperti krim akueus atau salap pelembap
  3. Gunakan sarung tangan
  4. Potong pendek kuku jari tangan dan kaki bagi mengelakkan menggaru dan kulit tidak rosak

Ubatan dan krim. Saranan doktor antaranya; 

  1. Krim berasaskan coal tar (arang), kortison atau jenis pelembap.
  2. Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
  3. Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Kunjungi klinik berdekatan dan berjumpa doktor bagi menilai keadaan anda. Mulakan rawatan bersesuaian dan jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada tahap kronik penyakit anda.

Perlu diingati! Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ia tidak boleh sembuh namun, dapat dikawal menerusi rawatan jangka panjang.

Sumber : Bharian

Rawatan penyakit KULIT 2013 untuk 1Malaysia, klik banner di bawah:

banner penyakitkulit 24MAR13

Penyakit kulit psoriasis – testimoni guna minyak kelapa dara

$
0
0

Minyak kelapa dara di akui oleh pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia sebagai anti bakteria,protozoa,kulat dan sebagainya yang sering menjadi punca penyakit kulit seperti psiorisis dan eczema. Banyak bukti telah di jumpai dan Bioasli juga telah menerima banyak feedback dari pelanggan yang menghidapi penyakit kulit seperti cik di sebelah ini dan setelah menggunakan produk minyak kelapa dara menjadi semakin sembuh dan baik.

Penghidap penyakit kulit psoriasis ini telah sembuh setelah menggunakan minyak kelapa dara dalam hanya beberapa bulan dengan kerap dan konsisten. Dan hasilnya kini beliau tidak lagi risau dengan kulitnya.

Ubat penyakit kulit berasaskan BAHAN SEMULAJADI…klik banner di bawah:

banner penyakitkulit 24MAR13